Sunday, April 7, 2013

Kek Lapis Bumi


 RESIPI KEK LAPIS BUMI

Bahan-bahan
2 cawan tepung gandum
2 cawan butter @ marjerin
1 tin kecil seri kaya
1 bungkus kecil horlick
1/2 cawan gula halus
6 biji telur
1 tin susu cair
1 sudu besar nescafe @ serbuk koko (bancuh dengan sedikit air)

Cara Membuat
1. Masukkan marjerin dan gula dalam bekas dan putar sebati hingga kembang. Kemudian masukkan telur dan putar hingga sebati.
2. Masukkan seri kaya dan susu cair ke dalam adunan dan putar lagi. Selepas itu, masukkan tepung gandum dan horlick. Putar adunan. Setelah adunan sebati, bahagikan kepada 2 bahagian. 1 bahagian dicampur dengan nescafe @ serbuk koko.
3. Sapu loyang dengan sedikit marjerin. Kukus selapis demi selapis.


Kek Lapis Bumi yang dimasak dengan acuan
Kek yang telah dipotong

No comments:

Post a Comment