Thursday, March 28, 2013

Biskut Coklat Cip dan Bingka Biskut Krakers


Adunan Bingka Krakers

 Alhamdulillah, malam tadi sempat membuat Bingka Biskut Krakers memandangkan stok Biskut Krakers masih berbaki. Daripada jadi lemau & kurang enak, buat Bingka lagi bagus.

Adunan Bingka Krakers yang Ditabur Bijan
Bingka Krakers yang Dah Siap Dibakar



Adunan yang telah dibulat-bulatkan

Memandangkan malam nie tak menyediakan juadah makan malam, maka Biskut Coklat Cip menjadi penggantinya.
Adunan yang telah dileperkan dengan menggunakan garfu

Tuesday, March 26, 2013

Nasi Ambang

NASI AMBANG
Nasi Ambang sejenis hidangan yang boleh dimakan bersama-sama oleh empat orang tanpa menggunakan pingan dan dihidangkan di dalam dulang bulat yang besar dan lauknya diletakkan ditengah-tengah. Lauknya terdiri daripada ikan kering, bihun goreng, ayam masak kicap, sambal belacan, timun, serunding kelapa, sayur goreng dan lain-lain lagi.

Sunday, March 17, 2013

Kuih Seri Ayu @ Apam Ayu


RESIPI KUIH SERI AYU @ APAM AYU


Bahan-bahan
2 Cawan Tepung Gandum
1 Cawan Gula Halus
1 Cawan Santan (Blender kelapa parut campur pandan wangi)
1 Sudu Besar Ovelete
1 Sudu Besar Baking Powder
1 Sudu Besar Bikarbonat Of Soda
2 Biji Telur
Kelapa Parut (putih)
3 Sudu Besar Tepung Jagung
sedikit Garam

Cara Membuat
1. Masukkan bikarbonat of soda, baking powder dan ovelete
 dalam bekas dan putar hingga sebati. Kemudian masukkan gula halus dan putar hingga kembang dan sebati. Selepas itu, masukkan telur dan putar hingga kembang.

2. Masukkan tepung gandum dan santan dan putar sebati. 

3. Dalam bekas lain masukkan kelapa parut (putih) , garam dan tepung jagung dan gaul sebati.

4. Sapu acuan dengan sedikit minyak. Kemudian masukkan kelapa parut dalam acuan dan seterusnya masukkan adunan dalam acuan. Kukus selama 5 hingga 7 minit.




















Roti Paun dan Ban Kacang Merah

Roti Paun



Ban Kacang Merah

Wednesday, March 13, 2013

Apam Butter


Resipi Apam Butter


Bahan-bahan
1 Cawan Gula ( hanguskan)
1 1/2  Air ( masukkan dalam gula hangus setelah gula hangus cair sepenuhnya)
1 1/2 Cawan Gula Halus
3 Cawan Tepung Gandum
2 Sudu Kecil Bikarbonat of Soda (ayak sekali dengan tepung)
3 Biji Telur
250 Gram Butter  (cairkan dan sejukkan)
1 Sudu Teh Esen Vanila
1 Tin Susu Cair

Cara Membuat

1. Putar telur, gula halus dan esen vanila hingga sebati. Kemudian masukkan tepung yang dicampur dengan bikarbonat of soda, susu cair, butter dan gula hangus sedikit demi sedikit dan putar sebati. Perap adunan selama 1 jam. Masukkan adunan dalam acuan dan kukus selama 20 minit.



 
Adunan yang telah dimasukkan dalam adunan sebelum dimasukkan dalam periuk kukus



 
Apam Butter yang telah dikukus. Sedap dimakan ketika panas dan sejuk....


Berbudi kepada Tanah.... Akhirnya Dapat Hasilnya

Mangga
Mangga


Limau Kesturi

Cili Padi

Wednesday, March 6, 2013

Kuih Jagung

Kuih Jagung

Kuih Jagung Lemak Manis......


Monday, March 4, 2013

Roti Kacang


Nie lah hasil percubaan resipi roti kacang. Lembut dan lemak berkrim.. he..he..he. Memang tak mengecewakan. Kacang merah dah memang kegemaran saya.

Saturday, March 2, 2013

Resipi Kek Gula Hangus


Kek Gula Hangus

Resipi Kek Gula Hangus

Bahan-bahan
1 cawan tepung gandum
1 cawan air
1 cawan gula
1/2 cawan susu pekat
1 sudu bikarbonat of soda
2 sudu marjerin
4 biji telur

Cara Membuat
1. Hanguskan gula hingga cair sepenuhnya. Masukkan air dan marjerin dan sejukkan.
2. Masukkan semua bahan dalam blender dan kisar sebati. Perap selama 1 jam dan bakar.

Friday, March 1, 2013

Latihan Pemantapan Anggota CDERT PTNJ & JPAM Daerah Pontian

Latihan Pemantapan Anggota CDERT Perbadanan Taman Negara Johor dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia Daerah Pontian di Taman Negara Johor Tanjung Piai pada 22 hingga 24 Februari 2013. Aktiviti menarik seperti rempuh halangan kawasan bakau dan penanaman anak pokok bakau. Majlis penutup dirasmikan oleh Mejar (PA) Zulkhairi Shamsudin, Penolong Pengarah Pertahanan Awam Negeri Johor dan turut dihadiri oleh Hj. Suhairi Hj. Hashim, Pengarah Perbadanan Taman Negara Johor, En. Khalid Zahrom, Pengurus Taman Negara Johor Tanjung Piai dan En. Mohd. Aziz Jupri, Pegawai Pertahanan Awam Daerah Pontian. Terima kasih dan tahniah kepada semua.