Sunday, February 1, 2015

Resipi Kuih Lapis Gardenia


RESIPI KUIH LAPIS GARDENIA

Bahan-bahan:
 
75 gram gula
6 keping roti gardenia (roti burger pun boleh)
sedikit garam
300 ml santan *
300 air*
90 gram tepung beras*
30 gram tepung sagu*
Pewarna (jumlah warna terpulang kepada kehendak sendiri)
 
* santan dan air boleh dicampur sekali (santan cair).
* boleh guna tepung beras semua (120 gram) sekiranya tiada tepung sagu atau tak nak letak tepung sagu




Cara membuat:
 
 
1.  Masukkan semua bahan dalam blender atau pengisar dan kisar hingga sebati.
 
2. Bahagikan adunan kepada beberapa adunan mengikut jumlah warna yang dikehendaki.
 
3. Masukkan satu adunan ke dalam loyang yang disapu dengan minyak. Kukus selapis demi selapis sehingga adunan habis.


Thursday, May 15, 2014

Resipi Kuih Kacang Merah

 


Alhamdulillah, percubaan pertama untuk resipi kuih kacang merah berjaya.
Resipi Kuih Kacang Merah

Bahan-bahan:
180 pes kacang merah
240 gram tepung gandum
90 gram marjerin
120 ml air
1/2 sudu cuka
1 biji telur
sedikit garam

Cara Membuat:

1. Gaul tepung gandum bersama-sama marjerin hingga sebati. Kemudian masukkan air, garam dan cuka dan gaul hingga menjadi doh. Perap 20 minit.

2.  Bahagikan doh kepada beberapa bahagian mengikut saiz yang dikehendaki. Masukkan pes kacang merah (inti) dan susun dalam Loyang.

3. Sapu bahagian atas kuih dengan telur dan taburkan bijan. Kemudian bakar.

Thursday, May 8, 2014

Hari Keluarga Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Selatan - 1-3 Mei 2014

HARI KELUARGA BAKWIS DI DUMBA BAY RESORT,
KAMPUNG GENTING, PULAU TIOMAN, PAHANG















Monday, February 10, 2014

JALAN-JALAN DI KUCHING, SARAWAK






Bersantai di Kedai Kek Lapis Sarawak



Membeli belah di Serikin



Bertemu dengan rakan sekerja, Siti Suhana (DBP Cawangan Sarawak)