Sunday, February 1, 2015

Resipi Kuih Lapis Gardenia


RESIPI KUIH LAPIS GARDENIA

Bahan-bahan:
 
75 gram gula
6 keping roti gardenia (roti burger pun boleh)
sedikit garam
300 ml santan *
300 air*
90 gram tepung beras*
30 gram tepung sagu*
Pewarna (jumlah warna terpulang kepada kehendak sendiri)
 
* santan dan air boleh dicampur sekali (santan cair).
* boleh guna tepung beras semua (120 gram) sekiranya tiada tepung sagu atau tak nak letak tepung sagu




Cara membuat:
 
 
1.  Masukkan semua bahan dalam blender atau pengisar dan kisar hingga sebati.
 
2. Bahagikan adunan kepada beberapa adunan mengikut jumlah warna yang dikehendaki.
 
3. Masukkan satu adunan ke dalam loyang yang disapu dengan minyak. Kukus selapis demi selapis sehingga adunan habis.