Thursday, January 31, 2013

Biasakan Yang Betul, Betulkan Yang Biasa

 
Ejaan yang betul bagi perkataan selsema dalam foto di atas ialah selesema, iaitu menurut Kamus Dewan Edisi Keempat bermaksud 1. sakit sejuk: demam ~; 2. berhingus, sentiasa keluar hingus.



Perkataan yang dimaksudkan dalam foto di atas ialah bajet, tetapi ditulis baget. Walau bagaimanapun, bajet bukannya bahasa standard, yakni bahasa pasar. Istilah yang betul ialah belanjawan (lihat Kamus Dewan - bajet bp belanjawan.). Menurut Kamus Dewan, belanjawan bermaksud:
1. perhitungan banyaknya wang yg akan diterima (sbg pendapatan) dan dibelanjakan, butiran ringkas anggaran pendapatan, dan perbelanjaan: menteri kewangan bertanggungjawab menyediakan ~ negara setiap tahun; 2. peruntukan wang utk sesuatu keperluan atau utk sesuatu jangka waktu: perdebatan mengenai perincian ~ kementerian pendidikan diteruskan hari ini.
 

 
Perkataan yang betul bagi ekslusif ialah eksklusif. Eksklusif bermaksud (éksklusif) berkenaan (tempat, orang, dll) yang bertaraf tinggi (dalam masyarakat): restoran ~;
 


No comments:

Post a Comment