![]() |
| Kek Gula Hangus
Resipi Kek Gula Hangus
Bahan-bahan
1 cawan tepung gandum
1 cawan air
1 cawan gula
1/2 cawan susu pekat
1 sudu bikarbonat of soda
2 sudu marjerin
4 biji telur
Cara Membuat
1. Hanguskan gula hingga cair sepenuhnya. Masukkan air dan marjerin dan sejukkan.
2. Masukkan semua bahan dalam blender dan kisar sebati. Perap selama 1 jam dan bakar.
|
Saturday, March 2, 2013
Resipi Kek Gula Hangus
Friday, March 1, 2013
Latihan Pemantapan Anggota CDERT PTNJ & JPAM Daerah Pontian
Latihan Pemantapan Anggota CDERT Perbadanan Taman Negara Johor dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia Daerah Pontian di Taman Negara Johor Tanjung Piai pada 22 hingga 24 Februari 2013. Aktiviti menarik seperti rempuh halangan kawasan bakau dan penanaman anak pokok bakau. Majlis penutup dirasmikan oleh Mejar (PA) Zulkhairi Shamsudin, Penolong Pengarah Pertahanan Awam Negeri Johor dan turut dihadiri oleh Hj. Suhairi Hj. Hashim, Pengarah Perbadanan Taman Negara Johor, En. Khalid Zahrom, Pengurus Taman Negara Johor Tanjung Piai dan En. Mohd. Aziz Jupri, Pegawai Pertahanan Awam Daerah Pontian. Terima kasih dan tahniah kepada semua.
Wednesday, February 27, 2013
Paf Krim (Cream Puff)
RESIPI PAF KRIM (CREAM PUFF)
Bahan-bahan (pastri)
125 gram butter
180 gram tepung gandum
5 biji telur
1 sudu kecil esen vanila
1/2 sudu kecil garam
250 ml air
2 sudu besar gula
Cara Membuat
1. Masukkan butter, air, garam dan gula dalam periuk dan didihkan sehingga butter cair. apabila butter telah cair, masukkan tepung gandum dan tutup api. kacau adunan hingga sebati.
2. Masukkan esen vanila dan telur dalam adunan dan putar sebati. perap seketika dan bulat-bulatkan adunan seperti buat jemput-jemput dengan menggunakan sudu. Letakkan dalam loyang dan bakar.
Bahan-bahan (inti)
1 1/2 cawan susu cair/susu segar
4 sudu tepung kastard
gula secukup rasa
Air secukupnya
Cara Membuat
1. Panaskan air, susu dan gula hingga sebati. Kemudian masukkan tepung kastard yang telah dibancuh dengan air. Bancuh sebati.
* Belah pastri paf dan masukkan inti ke dalam pastri tersebut.
Monday, February 25, 2013
Bingka Kentang
Inilah hasil percubaan resepi Bingka Kentang. Sebelum ni pernah mencuba resepi Bingka Labu, Bingka Krakers dan Bingka Pandan. Lepas ni nak cuba buat Bingka Jagung pula untuk melengkapkan resepi bingka.
![]() |
| Bingka Kentang |
Resipi Bingka Kentang
Bahan-bahan
2 1/2 cawan tepung gandum2 biji telur
1 cawan susu segar/susu cair
3/4 cawan gula
2 cawan santan (blender dengan pandan wangi)
2 sudu minyak sapi/marjerin
1 cawan kentang lenyek (rebus dulu)
sedikit garam
Bijan (hiasan)
Cara Membuat
1. Masukkan semua bahan kecuali bijan dalam blender. Kisar hingga sebati. Masukkan adunan dalam loyang yang telah disapu dengan marjerin atau minyak. Bakar.
Saturday, February 16, 2013
Blueberry Cheese Tart
![]() |
| Blueberry Cheese Tart |
Bahan-bahan (Pastri)
125 gram butter
60 gram gula (kisar)
1 biji telur kuning
250 gram tepung gandum
1/2 sudu esen vanila
1 sudu besar air
Bahan-bahan (Filling)
250 gram cream cheese
20 gram butter
60 gram gula (kisar)
1 biji telur
Jem blueberry (jem lain pun boleh)
Cara membuat:
Pastri
1. Gula , butter dan esen vanila putar hingga kembang dan sebati. Masukkan telur dan air dan putar sebati. Kemudian masukkan tepung dan gaul hingga sebati dan rata. Bulat-bulatkan dan masukkan adunan dalam pastri dan bakar 20 minit.
Filling
1. Gula, butter dan cream cheese diputar sebati. Masukkan telur dan putar hingga kembang dan sebati.
2. Masukan jem blueberry ke dalam pastri yang telah dibakar dan masukkan filling ke dalam pastri dan bakar 10 minit.
Kuih Bakar Pandan/Bingka Pandan
Nie percubaan pertama untuk membuat Kuih Bingka Pandan.
Resipi Bingka Pandan
Bahan-bahan:
1 cawan tepung gandum
1/2 cawan gula
1 cawan air pandan*
1 cawan santan*
1 cawan susu segar/susu cair
1 biji telur
bijan (hiasan)
*pandan boleh diblender bersama-sama kelapa parut - 2 cawan
Cara Membuat:
1. Masukkan semua bahan dalam blender kecuali bijan. Blender sehingga sebati.
2. Sapukan loyang dengan minyak atau marjerin. Kemudian masukkan adunan dalam loyang dan taburkan bijan.Bakar selama 1 jam.
![]() |
| Inilah hasilnya.... disebabkan tak sabar menikmati rasanya, ketika panas pun kena ngap... |
Subscribe to:
Posts (Atom)








