Resipi Apam Butter
Bahan-bahan
1 Cawan Gula ( hanguskan)
1 1/2 Air ( masukkan dalam gula hangus setelah gula hangus cair sepenuhnya)
1 1/2 Cawan Gula Halus
3 Cawan Tepung Gandum
2 Sudu Kecil Bikarbonat of Soda (ayak sekali dengan tepung)
3 Biji Telur
250 Gram Butter (cairkan dan sejukkan)
1 Sudu Teh Esen Vanila
1 Tin Susu Cair
Cara Membuat
1. Putar telur, gula halus dan esen vanila hingga sebati. Kemudian masukkan tepung yang dicampur dengan bikarbonat of soda, susu cair, butter dan gula hangus sedikit demi sedikit dan putar sebati. Perap adunan selama 1 jam. Masukkan adunan dalam acuan dan kukus selama 20 minit.
Adunan yang telah dimasukkan dalam adunan sebelum dimasukkan dalam periuk kukus |
Apam Butter yang telah dikukus. Sedap dimakan ketika panas dan sejuk.... |
No comments:
Post a Comment