Wednesday, March 13, 2013

Apam Butter


Resipi Apam Butter


Bahan-bahan
1 Cawan Gula ( hanguskan)
1 1/2  Air ( masukkan dalam gula hangus setelah gula hangus cair sepenuhnya)
1 1/2 Cawan Gula Halus
3 Cawan Tepung Gandum
2 Sudu Kecil Bikarbonat of Soda (ayak sekali dengan tepung)
3 Biji Telur
250 Gram Butter  (cairkan dan sejukkan)
1 Sudu Teh Esen Vanila
1 Tin Susu Cair

Cara Membuat

1. Putar telur, gula halus dan esen vanila hingga sebati. Kemudian masukkan tepung yang dicampur dengan bikarbonat of soda, susu cair, butter dan gula hangus sedikit demi sedikit dan putar sebati. Perap adunan selama 1 jam. Masukkan adunan dalam acuan dan kukus selama 20 minit.



 
Adunan yang telah dimasukkan dalam adunan sebelum dimasukkan dalam periuk kukus



 
Apam Butter yang telah dikukus. Sedap dimakan ketika panas dan sejuk....


Berbudi kepada Tanah.... Akhirnya Dapat Hasilnya

Mangga
Mangga


Limau Kesturi

Cili Padi

Wednesday, March 6, 2013

Kuih Jagung

Kuih Jagung

Kuih Jagung Lemak Manis......


Monday, March 4, 2013

Roti Kacang


Nie lah hasil percubaan resipi roti kacang. Lembut dan lemak berkrim.. he..he..he. Memang tak mengecewakan. Kacang merah dah memang kegemaran saya.

Saturday, March 2, 2013

Resipi Kek Gula Hangus


Kek Gula Hangus

Resipi Kek Gula Hangus

Bahan-bahan
1 cawan tepung gandum
1 cawan air
1 cawan gula
1/2 cawan susu pekat
1 sudu bikarbonat of soda
2 sudu marjerin
4 biji telur

Cara Membuat
1. Hanguskan gula hingga cair sepenuhnya. Masukkan air dan marjerin dan sejukkan.
2. Masukkan semua bahan dalam blender dan kisar sebati. Perap selama 1 jam dan bakar.

Friday, March 1, 2013

Latihan Pemantapan Anggota CDERT PTNJ & JPAM Daerah Pontian

Latihan Pemantapan Anggota CDERT Perbadanan Taman Negara Johor dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia Daerah Pontian di Taman Negara Johor Tanjung Piai pada 22 hingga 24 Februari 2013. Aktiviti menarik seperti rempuh halangan kawasan bakau dan penanaman anak pokok bakau. Majlis penutup dirasmikan oleh Mejar (PA) Zulkhairi Shamsudin, Penolong Pengarah Pertahanan Awam Negeri Johor dan turut dihadiri oleh Hj. Suhairi Hj. Hashim, Pengarah Perbadanan Taman Negara Johor, En. Khalid Zahrom, Pengurus Taman Negara Johor Tanjung Piai dan En. Mohd. Aziz Jupri, Pegawai Pertahanan Awam Daerah Pontian. Terima kasih dan tahniah kepada semua.