Sunday, November 4, 2012

Gelora Tanjung Hujung Benua di Taman Negara Johor Tanjung Piai (29 -30 September 2012)
Ketua Projek : Abdul Aziz bin Mohd Top


Latihan Mencari dan Menyelamat (SAR) Taman Negara Johor Endau Rompin (Selai) 

Latihan ini selama 4 hari bermula 18 hingga 21 September 2012. Kursus ini dihadiri  23 orang terdiri daripada staf Taman-taman Negara Johor. Jurulatih seramai 5 orang yang diketuai oleh SM (PA) Mohd Jasmi bin Salehudin. Peserta didedahkan dengan ilmu SAR, teknik pencarian, medik (alat alih ganti), penggunaan peta, kompas, GPS dan latihan medan. Majlis penutup dirasmikan oleh Pengarah JPAM Negeri Johor, Ybhg. Kol. (PA) Ghazali bin Abdul Rahman.
(Penyelaras latihan : Kapten (PA) Abdul Aziz bin Mohd. Top) 

Tuesday, June 26, 2012

Mutiara Kata

MUTIARA KATA DALAM BUKU “NOTA FIKIR UNTUK ZIKIR”
KARYA PAHROL MOHD JUOI

  • Orang yang berjaya, gagal berkali-kali. Orang yang kalah, gagal hanya sekali. Oleh itu, apabila kita mengalami kegagalan, belajar dan ambillah iktibar daripada kegagalan itu. Insya-Allah, kegagalan itu akan menjadi mahar kejayaan. (m.s.:156)

  • Hargailah diri kita, barulah orang lain akan menghargai kita. Jangan bimbang jika kita tidak dihargai, tetapi bimbanglah jika diri kita benar-benar sudah tidak berharga. (m.s.:159)

Tuesday, June 5, 2012

Amalan mengelakkan Santau

Jadikan Amalan Pagi selepas Subuh 7 kali & Petang 7 kali





Sebelum makan, pusing sedikit pinggan dan baca


Jika terdapat racun santau, insya-Allah pinggan itu akan pecah dengan izin Allah SWT.




 
 
 

 



 
 
 
 
 
 


Monday, June 4, 2012

Mutiara Kata........



KARYA PAHROL MOHD JUOI
 

1.      Setiap hari adalah penghidupan baru kepada orang yang bijak. Belajarlah melupakan kelmarin, usah khuatir hari esok dan berfikir serta bekerjalah untuk hari ini seolah-olah tidak ada esok bagimu........ dengan perasaan itulah kita akan bekerja tanpa bertangguh-tangguh. (m/s:68-69)

2.       Syukur dan sabar adalah kekayaan jiwa yang tiada tolok bandingnya. (m/s:67)

3.       Akal 'makanannya' ilmu, hati 'makanannya' iman. Iman dan ilmu adalah gandingan serasi yang tidak dapat tidak mesti dicapai untuk keseimbangan dalam kehidupan insan. Bijak tanpa ikhlas akan terbabas. Ikhlas tanpa kebijaksanaan adalah satu kejumudan. (m/s:31)

4.       Bercakap hanya yang baik atau diam. uzlahkan diri jika terasa mata dan telinga terlalu liar utk dikawal. tersenyumlah dengan penghinaan, redalah dengan kesepian. jgn takut kepada kelicikan, tipu daya dan diskriminasi manusia. segala itu tidak merugikan kita. (m/s:27)

5.       Orang yang berjaya ialah orang yang memaksa dirinya berubah, manakala orang yang gagal berubah apabila terpaksa. (m/s:6)

6.       Selagi ada harapan, selagi itulah ada perjuangan. Dan selagi ada perjuangan, selagi itulah peluang untuk menang sentiasa ada. (m/s:11)

7.       Orang yang menang sesungguhnya lebih banyak merasai kegagalan daripada orang yang gagal. (m/s:11)

8.       Jangan mendaki puncak hanya untuk meninggikan tempat jatuh. Jangan memburu fatamorgana kemewahan dunia hanya untuk ditipunya. (m/s:13)

9.       Ingat mati itu sesungguhnya menghidupkan hati. Biarlah mati sentiasa hidup di hati kita. (m/s:15)

10.     Terimalah realiti walaupun itu menyakitkan. Menangislah sepuas-puasnya hingga apabila terasa kesedihan sudah di puncaknya. Namun, selepas itu, alirkan peluh untuk memperbaiki atau mengubati realiti yang menyakitkan itu. (m/s:69)


12.     Anak-anak mungkin gagal mengikut cakap kita, tapi  mereka tidak mungkin gagal menurut sikap kita kerana anak-anak ialah cerminan kita..... ibu bapa mereka. (m/s:77)

13.     Kita akan temui sesuatu yang kita hilang di tempat yang kita kehilangannya. Dan sesuatu pengakhiran kekadang membawa kita kepada suatu permulaan yang lebih baik. (m/s:83)


15.     Dosa itu racun yang disalut kemanisan. Dosa yang dizalimi tidak akan terhenti kesannya pada hati. Daripada tahap terbiasa dengan dosa, kederhakaan meningkat lebih parah lagi. Tibalah hati pada tahap ketiga, yakni seronok dan rasa indah dengan dosa. Diri sentiasa mengintai peluang dan ruang untuk melakukannya. Rasa ketagih dengan maksiat, rasa gian dengan kemungkaran akan mencengkam hati dan diri. Racun dosa terasa nikmatnya. Tiada lagi rasa bersalah. Bisa dosa yang terbiasa menjelma menjadi fatamorgana nikmat yang tiada taranya. (m/s:92-93)

16      Kejahatan yang menyebabkan kau menangis lebih baik daripada kebaikan yang menimbulkan rasa takbur. (m/s:92)



19.     Jika dirimu masih melakukan kejahatan, ingatlah itu bukan alasan untuk berhenti melakukan kebaikan. Bahkan iringilah perbuatan dosa dengan kebaikan kerana kebaikan itu lambat cepat akan menghapuskan kejahatan. (m/s117)

20.     Saat perpisahan itu pasti tiba. Tidak ada masa yang sesuai untuk saat itu. Kita datang tidak diminta, kita pulang tidak diduga. Bila sanggup hidup, mesti sanggup mati. Bila sanggup datang, mesti sanggup pulang. Kita hanya menghabisi bilah-bilah hari yang telah ditentukan. Tujuan ke sini (dunia) untuk diuji, tiba masanya pasti kembali. (m/s:119)

21.     Tidak ada kesenangan yang tidak diiringi kesukaran dan tidak ada kesukaran yang tidak diiringi kesenangan. Selepas ketawa, pasti menyusul air mata. Selepas nestapa, pasti kegembiraan menjelma. Allah memberikan kita terang untuk bersyukur. Allah berikan kita gelap untuk bersabar. (m/s:120)


23.     Terimalah kesusahan yang sementara demi kesenangan yang abadi. Dunia tempat menyemai, di akhirat nanti kita menuai. (m/s:3)

24.     Bila harta hilang keberkatan, sedikitnya tidak cukup, banyaknya tidak puas, terasa miskin dalam kekayaan. (m/s:34)

25.     Kekadang menyerahkan satu amanah lebih payah daripada menanggungnya kerana lebih sukar mempercayai orang lain berbanding mempercayai diri sendiri. (m/s:50)

26.     Usah sama sekali membenci kerana kebencian akan membakar diri sendiri bukan orang yang kita bencikan itu. (m/s:56)

27.     Perbuatan baik adalah suatu perbuatan yang membuat jiwa tenteram dan hati menjadi tenang. Dan perbuatan dosa adalah perbuatan yang menjadikan jiwa goncang dan hati gusar, sekalipun kamu mendapat petua daripada ahli fatwa. (m/s:54)

28.     Jangan melupakan Allah dalam memburu kasih sayang manusia kerana dengan melupakan kasih Allah, kita akan gagal merebut kasih manusia. Apabila melihat kebaikan sahabat, rasailah itu hakikat kebaikan Allah. Tetapi apabila melihat kejahatan atau kelemahannya, percayalah... itulah cara Allah menguji kita. Dengan itu, mudahlah kita hapuskan sengketa. (m/s:61)

29.     Masa lalu adalah kelmarin yang telah mati. Masa depan adalah esok yang belum lahir, tapi selamatkan hari ini. Hari ini yang terus hidup. Ramai orang terperangkap oleh tragedi yang berlaku masa lalu. Ramai juga yang bimbang oleh prasangka kesusahan masa hadapan. Kesusahan yang belum datang sudah dirisaukan. Apabila kesusahan benar-benar datang, sekali lagi dibimbangkan. Berbaloikah? (m/s:68)

30.     Jadilah insan lara yang temannya mujahadah dan taubat. Sentiasalah berusaha menjadi insan yang baik walaupun masih digamit oleh ghairah kejahatan dan dosa. (m/s:120)

31.     Ukirlah seribu taubat walaupun telah berkali-kali ia dimungkiri. Allah tidak akan jemu dengan taubat hamba-Nya selagi kita tidak putus asa kepada-Nya. Tempuhi jalan mujahadah sekalipun langkahmu pernah goyah. Jangan mengalah. Kau tidak akan kalah selagi tidak mengalah. (m.s.:120)

32.     Sesungguhnya mati itu bukan satu pengakhiran, tetapi ia satu permulaan kepada kehidupan yang lebih sejati dan hakiki.

33.     Jagalah lidah agar diberi kemantapan akidah. Jagalah mata agar diberi kemantapan jiwa. Jagalah hati agar diberi nur yang menyinari. (m/s:143)

34.     Ujian menjadi titian kepada kesuburan jiwa. Masalah jadi anak tangga menuju kehalusan rasa. Dan fitnah adalah baja menyubur pohon iman. (m/s:144)

35.     Ilmu itu cahaya daripada Ilahi, memancar keluar melahirkan amal, memancar ke dalam menzahirkan iman. (m/s:148)

36.     Mati jasad kerana tiada roh, mati roh kerana tiada ilmu, mati ilmu kerana tiada amal, mati amal kerana tiada ikhlas. (m/s:148)

37.     Si miskin jadi mulia dengan ilmu, si kaya jatuh dengan ketandusan ilmu. Harta akan habis jika dibelanjakan, tapi ilmu semakin bertambah jika diamalkan. Mencari ilmu adalah ibadat yang paling lama, tiada batas masa dan usia sempadan belajar. Seseorang akan tetap menjadi orang alim, selama dia terus-menerus belajar. Apabila dia telah tertipu dalam sangkaan bahawa dia telah pandai, pada hakikatnya dia adalah bodoh. (m/s:149)

38.     Malam itu indah, namun penciptanya jauh lebih indah. Jadi, mengapa memuja malam...tidak penciptanya. (m/s:152)

39.     Mujahadah itu pahit kerana syurga itu manis. Kejahatan itu menyeronokkan pada awalnya, tetapi pasti ada  penyesalan apabila kita lakukan pada akhirnya. Kebaikan itu menyusahkan pada permulaan, tetapi pasti ada kemanisan bila dilakukan. Oleh itu, Beribadatlah sehingga kita berasa letih untuk melakukan dosa. (m/s:162)

40.     Keletihan melakukan kebaikan akan hilang, tetapi pahalanya akan terus berkekalan, manakala keseronokan melakukan kejahatan akan sirna, tetapi dosanya akan kekal sampai bila-bila. Dan dosa itu bererti neraka dan neraka itu bererti seksa! Nauzubillah. (m/s:162)

41.     Buatlah kebaikan sebanyak-banyaknya meskipun setelah ditinggalkan insan yang tersayang kerana itulah bekalan untuk kita bertemu dengan-Nya. (m/s:174)


43.     Nafsu bukan untuk dihapus, tapi untuk diurus. Didiklah nafsu agar bekerja untukmu dan bukannya sebaliknya. (m/s:181)

44.     Untuk membangunkan semangat juang mestilah bermula dengan membangunkan sikap yakin diri. Dan keyakinan diri pada umat mestilah dimulakan dengan menyalakan keyakinan diri dalam setiap peribadi muslim. Setiap diri umat Islam mesti ingat bahawa Allah telah mentakdirkan kita hidup. Bila ini kita terima sebagai kenyataan, maka kita akan rasa layak untuk mencapai kejayaan dalam hidup. (m/s:183)


46.     Keyakinan diri akan membina sikap proaktif, iaitu sikap yang mencipta peluang bukan menunggu peluang, mencorak keadaan bukan dicorakkan, mengakui kelemahan diri dan memperbaikinya bukan menyalahkan orang lain. Inilah sifat mukmin sejati, iaitu mampu melawan hawa nafsu. (m/s:185)

47.     Buatlah kebaikan yang akan terus hidup setelah kita tiada agar perginya kita meninggalkan nama yang baik. (m/s:191)

48.     Tugas kita bukan melihat apa yang jauh di hadapan, tapi lakukan apa yang terbaik dengan apa yang berada di tangan. (m/s:209)

Tuesday, February 1, 2011

Secebis kisah untuk tatapan

CAHAYA MUKA NABI S.A.W.

Telah diriwayatkan daripada Siti Aishah bahawa ia telah berkata : "Sedang
aku menjahit baju pada waktu sahur (sebelum subuh) maka jatuhlah jarum
daripada tanganku, tiba-tiba kebetulan lampu pun padam, lalu masuklah
Rasulullah s.a.w. Ketika itu juga aku dapat mengutip jarum itu kerana
cahaya wajahnya, lalu aku berkata, " Hai Rasulullah alangkah bercahayanya
wajahmu!

Seterusnya aku bertanya: " Siapakah yang tidak akan melihatmu pada hari
kiamat?"

Jawab Rasulullah : "Orang yang bakhil."

Aku bertanya lagi : "Siapakah orang yang bakhil itu?"

Jawab baginda : "Orang yang ketika disebut namaku di depannya, dia tidak
mengucap selawat ke atasku."

BERDOA

Berkata Al-Barra' r.a . bahawa Nabi s.a.w. bersabda: "Segala doa itu
terdinding (terhalang untuk dikabulkan) daripada langit sehingga orang yang
berdoa itu mengucapkan selawat untuk Muhammad dan keluarga Muhammad."

KIJANG DAN ANAKNYA

Diriwayatkan oleh Abu Na'im di dalam kitab 'Al-Hilyah' bahawa seorang
lelaki lalu di sisi Nabi s.a.w. dengan membawa seekor kijang yang
ditangkapnya, lalu Allah Taala (Yang berkuasa menjadikan semua benda-benda
bercakap) telah menjadikan kijang itu bercakap kepada Nabi s.a.w. : "Hai
Pesuruh Allah, sesungguhnya aku ada mempunyai beberapa ekor anak yang
masih menyusu, dan sekarang aku sudah ditangkap sedangkan mereka sedang
kelaparan, oleh itu haraplah perintahkan orang ini melepaskan aku supaya
aku dapat menyusukan anak-anakku itu dan sesudah itu aku akan balik ke
mari."

Bersabda Rasulullah s.a.w. " Bagaimana kalau engkau tak balik ke mari
semula?" Jawab kijang itu: "Kalau aku tidak balik ke mari, nanti Allah
Taala akan melaknatku sebagaimana Ia melaknatkan orang yang tidak
mengucapkan selawat bagi engkau apabila disebut nama engkau disisinya."

Lalu Nabi s.a.w. pun bersabda kepada orang itu : "Lepaskan kijang itu buat
sementara waktu dan aku jadi penjaminnya. "

Kijang itu pun dilepaskan dan kemudian ia kembali ke situ semula. Maka
turunlah malaikat Jibril a.s. dan berkata : "Hai Muhammad, Allah Taala
mengucapkan salam kepada engkau dan Ia (Allah) berfirman: " Demi
KemuliaanKu dan KehormatanKu, sesungguhnya Aku lebih kasihkan umat
Muhammad daripada kijang itu kasihkan anak-anaknya dan Aku akan kembalikan
mereka kepada engkau sebagaimana kijang itu kembali kepada engkau."
Alhamdulillah. .marilah memperbanyakkan bersukur dan berselawat kerana kita
tergolong dalam umat Muhammad.

Panjangkan kisah ini kepada sahabat-sahabat dan saudara-mara. Semoga kita
sama-sama berusaha dalam menghidupkan rasa kasih sayang terhadap
Rasulullah SAW.

--
Hai orang-orang yang beriman, masuklah ke dalam Islam secara
keseluruhannya, dan janganlah kamu turut langkah-langkah syaitan,
sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu. (surah Al-Baqarah ayat :
208)