Alhamdulillah, percubaan pertama untuk resipi kuih kacang merah berjaya. |
Bahan-bahan:
180 pes kacang merah
240 gram tepung gandum
90 gram marjerin
120 ml air
1/2 sudu cuka
1 biji telur
sedikit garam
Cara Membuat:
1. Gaul tepung gandum bersama-sama marjerin hingga sebati. Kemudian masukkan air, garam dan cuka dan gaul hingga menjadi doh. Perap 20 minit.
2. Bahagikan doh kepada beberapa bahagian mengikut saiz yang dikehendaki. Masukkan pes kacang merah (inti) dan susun dalam Loyang.
3. Sapu bahagian atas kuih dengan telur dan taburkan bijan. Kemudian bakar.
No comments:
Post a Comment