Friday, December 7, 2012

Bahasa Jiwa Bangsa

KEMBARA BAHASA: JELAJAH NEGARA, SEMARAKKAN BAHASA
 
Bulan Bahasa Kebangsaan yang dahulunya dikenali sebagai Bulan Bahasa
dan Sastera Negara merupakan program tahunan yang dilaksanakan
oleh Dewan Bahasa dan Pustaka sebagai usaha menyemarakkan semangat,
jati diri dan patriotisme terhadap negara melalui wahana, wacana
dan prasarana bahasa dan sastera kebangsaan. Bagi mencapai usaha tersebut,
program Kembara Bahasa, iaitu, pergerakan simbolik kenderaan berkonvoi serentak
melalui empat laluan utama (utara, timur, selatan dan tengah) menuju Putrajaya
telah dilaksanakan pada 21-24 November 2012.

 
 
 
 
 
 

 
 
 

Pengarah DBPWS selaku Ketua Konvoi Kembara Bahasa Laluan Selatan sedang memerhatikan peserta dari Johor sebelum sesi beramah mesra dengan peserta dari Melaka
 

Peserta Negeri Johor dan Melaka bergambar kenang-kenangan
 
 
 
 
 
 
 
 
 

 Bergambar kenang-kenangan di Pusat Latihan Petronas (tempat penginapan), Bangi.
 

Peserta Kembara Bahasa Laluan Selatan (Johor, Melaka & Negeri Sembilan) mengambil gambar sebagai tanda kenang-kenangan
 

Alhamdulillah....Akhirnya peserta Kembara Bahasa Laluan Selatan Sampai ke destinasi Putrajaya dengan selamat